FEBRUARI 2023

Premier Hadir Sesi Pertemuan Dengan Ahli-Ahli Parlimen GPS


KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pada lewat petang Isnin tiba di ibu negara untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen GPS.

Pertemuan tersebut diadakan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 yang bermula pada Isnin.

Pada sessi tersebut ahli -ahli Parlimen GPS telah diberi taklimat mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan dan hak Sarawak. 

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Petra Jaya.

Sumber dari : Sarawakku